Khamis, September 17, 2009

Merdeka sambil puasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni saya nak tulis blog pasal Hari Merdeka, tapi terlewat sedikit. Jadi, kalau sempat lagi saya ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca dan jadilah manusia yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Satu lagi hal, saya nampak Hari Merdeka tahun ni berada dalam bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Jadi, sambutan tahun ni agak hambar sedikit, maklumlah orang tengah puasa, nak sambut Merdeka macam mana? Saya ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam di negara ini. Banyakkanlah buat ibadah fizikal dan rohani nescaya ibadah puasa kita akan diberkati. Jadi sampai situlah catatan saya untuk kali ni. Saya akan buat catatan saya yang lain pula pada masa akan datang. Diharap bertemu lagi; Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...