Aktiviti dan galeri 2011.

Semua aktiviti yang diadakan, ditulis dan disusun mengikut turutan, yang mana terkini.

2 Julai 2011: Program pelancaran Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan dalam peringkat sekolah di SMKPaka. Ramai pelajar yang hadir ber'lari' bersama-sama sambil melakukan pelbagai aktiviti sukan yang telah diadakan. Perasmian penutup program diadakan selepas berakhirnya semua sukan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Semua berpuas hati dan puas bergembira sepanjang program tersebut. Lanjutan daripada itu, pihak sekolah memberikan satu hari cuti peristiwa sehari kemudian.



29-31 Mei 2011: Program HSBHMEGAKembara 2011 yang telah berlangsung dari Paka, Dungun, Terengganu ke Kuala Lumpur. Penginapan ialah di Hotel Regency, Kuala Lumpur. Program ini sebahagian daripada program MEGACuti yang dirancang HSBH sekeluarga.






26 Mei 2011: Program Sentuhan Rohani yang diadakan di Dewan Sei Gemilang, SMKPaka, penuh penghayatan. Program ini dilaksanakan ala program "Halaqah Sentuhan Qalbu" yang pernah disiarkan di televisyen. Ramai pelajar dan guru berasa terharu selepas mendengar ceramah yang disampaikan.






9 Mei 2011: Pendaftaran Tingkatan 6Bawah 2011 yang diadakan di Dewan Seri Gemilang, SMKPaka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...