Jumaat, April 20, 2012

Hampir setahun di TATIUC.


Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Sejak tarikh artikel ni ditulis saya rasakan tempoh saya berada di universiti ni mencapai hampir setahun pengajian di Kolej Universiti TATI. Satu tahun pengajian ada dua semester, ini bermakna selama dua semester saya berada di sini. Pelbagai cerita suka dan duka telahpun ditempuhi selama saya berada di sini. Apapun, sekarang ini adalah musim peperiksaan dan sekarang para penuntut sedang berusaha mengulangkaji pelajaran untuk mencapai gred terbaik dalam peperiksaan.

Namun, saya rasa agak perlu untuk berkongsi maklumat mengenai program yang saya ambil serta pengajaran yang diterima. Program yang saya ambil ialah program Diploma dalam bidang Seni Reka Grafik dan Media Kreatif. Tentunya saya merasakan saya tidak begitu mengalami banyak masalah selama saya belajar di sini. Ia mengenai apa-apa yang berkaitan dengan seni visual di sekeliling kita, yang merangkumi lukisan, ilustrasi, iklan, penerbitan dan banyak lagi.
Dan pada hujung semester pula terdapat satu penilaian yang tidak banyak dilakukan oleh program lain, iaitu Kerja Projek Akhir (Final Project Work). Ia berlainan sama sekali dengan peperiksaan bertulis yang ada pada program lain kerana dalam Kerja Projek Akhir, pelajar disuruh untuk melakukan tugasan khas yang diberikan oleh pensyarah. Kerja-kerja itu termasuklah penerbitan, lukisan, lakaran dan hasil kerja. Satu tarikh akhir ditetapkan untuk menghantar hasil kerja dan dibentangkan di depan pensyarah.
Namun, saya akui ada juga halangannya untuk melambatkan penyiapan kerja. Antaranya, kos menghasilkan kerja tersebut agak tinggi kerana ia memerlukan banyak peralatan. Kadang-kadang apabila menerbitkan sesuatu bahan, ia pastinya sukar kepada pelajar mencari kedai mencetak yang berdekatan kerana kampus ini teletak sedikit jauh dari bandar Cukai. Disebabkan kebanyakan kedai mencetak terletak di sana maka pelajar merasakan ia hanya melambatkan penghasilan kerja. Seterusnya, seperti disebut tadi kos penghasilan sesebuah kerja agak tinggi. Jika pelajar ingin mencetak sebuah hasil kerja dalam saiz A3 ia akan melibatkan bayaran yang mahal sedikit berbanding dalam saiz A4 biasa. Jika ia dicetak dalam kuantiti yang banyak sudah tentunya ia akan memberi kesan kepada kewangan kami. Oleh itu, kami sememangnya perlu merancang bajet kewangan kita supaya ia tidak membebani sumber kewangan yang ada.
Kemudian, saya rasa ia perlu untuk diberitahu memandangkan kami pernah melaluinya. Kadang-kadang kami pernah merasa malas untuk menyiapkan sesebuah kerja. Namun, mungkin kerana dalam keadaan mendesak atau motivasi dalam diri, pelajar dapat mengatasi sifat malas tersebut untuk diterjemahkan kepada hasil kerjanya yang bermutu. Kami akui memang kami mempunyai sifat pemalas ketika melakukan tugasan namun kami juga mengatasinya sedaya upaya supaya hasil kerja dapat dilakukan dengan penuh cermat dan siap pada tarikh yang sepatutnya. Kerjasama antara pelajar lain juga perlu agar kami sentiasa berkongsi idea dan pandangan, seterusnya membantu sesama kami menyiapkan sesuatu tugasan. Inilah yang kami biasanya lakukan apabila tugasan tersebut diberi kepada kumpulan untuk melakukannya. Tugasan ada yang diberi secara individu dan ada yang diberi secara berkumpulan. Namun, kerjasama antara ahli kumpulan merupakan kunci kepada hasil kerja yang bermutu.
Terdapat beberapa kemudahan di kampus yang kami belajar, antaranya asrama, fakulti, kantin@kafe, perpustakaan dan sebagainya; itu memang kemudaahan fizikal yang mesti ada. Lebih-lebih lagi, di sini terdapat kemudahan Internet tanpa wayar (Wi-Fi). Jadi kami yang memiliki laptop boleh menggunakan kemudahan ini untuk melayari Internet. Tidak terhad setakat hiburan, kemudahan ini digunakan sebaik-baiknya untuk pembelajaran, terutamanya dalam menyiapkan tugasan ataupun mencari maklumat. Sememangnya kemudahan ini jarang sekali ditemui di tempat lain, namun saya rasa bersyukur.
Hampir setahun pengajian sudah berlalu, kini kami di minggu-minggu akhir pengajian bagi sesi 2011-2012. Masih ada tugasan akhir yang perlu disiapkan, begitu juga dengan peperiksaan bertulis yang sedang berlangsung sekarang. Sebaik-baiknya kami harus ambil peluang ini untuk menunjukkan prestasi kami supaya apa yang kami belajar di sini tidak disia-siakan. Jadi kami harus ambil peluang ini untuk menamatkan semester kedua dengan kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, saya nasihatkan pada rakan pelajar mahasiswa yang lain, berjuanglah untuk memastikan kejayaan kita tercapai. Akan datang, saya akan menceritakan pengalaman saya berada di kampus ni untuk sedikit reviu dan sebagai pengajaraan bersama. Dalam pada itu, bulan April merupakan bulan harijadi saya dan ia akan menjadikan saya setahun lebih tua daripada usia asal. Jadi saya berharap 22hb April ini akan menjadi titik tolak kepada kematangan saya sebagai mahasiswa dan lebih-lebih lagi saya juga seorang remaja dan seorang belia. Justeru, saya tidak harus dipandang sebagai kebudak-budakan untuk memastikan saya sebenarnya seorang yang menuju ke arah kedewasaan. Walaubagaimanapun, kita juga tidak dapat mengelak daripada meminati apa yang budak-budak minati. Jadi, ia tidak akan menimbulkan masalah sekiranya kita meminati perkara tersebut, namun kita juga tidaklah terlalu bersifat kebudak-budakan yang akhirnya memakan diri sendiri. Oleh itu, saya rasa ingin saya ucapkan selamat harijadi kepada diri saya sendiri yang akan mencecah usia 19 tahun pada 22hb April ini. Semoga apa yang saya catatkan dapat memberi pengertian kepada kita untuk menjaga usia kita ini. Jika ada sebarang kesalahan yang tidak diingini, mohon ampun dan maaf kepada semua kerana saya juga seperti anda semua yang sering melakukan kesilapan. Apa yang diharapkan, semoga hari yang akan datang ini bakal memberikan manfaat dan faedah kepada kami semua di masa yang akan datang jika kami melakukan sebarag perkara yang mendatangkan manfaat kepada kami.
Jumpa di ruangan blog akan datang dan eloklah kita berfikir sejenak atas apa yang telah kita lakukan.

0 komen diterima.:

Catat Ulasan

Hanya yang berdaftar saja boleh komen di sini. Jangan komen sesuatu yang boleh menimbulkan implikasi kepada sesiapa. Komen yang memang tak masuk akal akan dibuang. Sekian, harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...