Sabtu, Januari 02, 2010

Kembali ke sekolah... .

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Catatan saya dalam blog ni adalah tentang musim persekolahan yang akan tiba 3 Januari ni di Terengganu, Kelantan dan Kedah manakala di negeri-negeri lain adalah pada 4 Januari. Dalam hati saya berasa rindu untuk bercuti semula; tapi apa nak buat, kan saya ni masih belajar di sekolah menengah; jadi saya akan kembali ke sekolah sebagai Tingkatan 5 dan akan menghadapi SPM pada tahun ni. Jadi harap-haraplah cabaran yang diberi tu taklah membebankan sangat, asalkan dapat meneruskan tugas saya sebagai pelajar. Justeru, boleh dikatakan tahun 2010 adalah tahun cabaran, jadi saya mesti berusaha untuk menangani semua cabaran yang ada. Oleh tu, saya berharap anda semua terus memberikan sokongan kepada saya dan mendoakan saya berjaya dalam SPM 2010. Sesungguhnya sokongan anda diperlukan untuk mencapai matlamat tahun baru 2010 saya pada tahun ni, iaitu berjaya dalam SPM 2010. Berbalik kepada musim cuti, saya rasa anda semua jangan bimbang kerana kita akan bercuti lagi iaitu cuti pertengahan penggal pertama pada Jumaat, 14 Mac ni, tu pun di Terengganu, Kelantan dan Kedah saja! Negeri lain lewat sehari. Okeylah, saya tak mahu ulas lebih panjang lagi; diharapkan kita akan kembali ke sekolah dalam suasana yang ceria dan tenang. Agaknya mungkin corak pembelajaran pada tahun ni akan berubah... . Jadi saya harapkan anda semua ceria baik di mana dan apa jua yang kita lakukan. Saya akhiri catatan saya dengan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat Kembali ke Sekolah. Semoga kita berjumpa lagi dalam catatan yang akan datang!

Datang dan pergi... .

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni kita bertemu lagi dalam satu tahun di mana tahun ni adalah tahun 2010! Sedar atau tidak, kita dah masuk tahun 2010 dan meninggalkan tahun 2009. Banyak kenangan manis dan pahit tercatat di situ dan sudah pastinya masih lagi diingati sampai sekarang. Sebagai seorang pelajar, saya tahu tahun 2009 adalah tahun yang mencabar sedikit bagi saya sebab saya ni pra-SPM. Tahun ni lagilah mencabar, ada peperiksaan awam iaitu SPM 2010, peperiksaan yang menentukan masa depan saya. Tapi saya akan cuba untuk mengatasi cabaran ni dan dapat berusaha sekuat yang boleh untuk mencapai kejayaan dalam SPM nanti. Tentunya nilah azam saya pada tahun ni. Walaupun saya adalah seorang pelajar tapi saya masih boleh membuat catatan blog untuk anda membacanya. Ia berkaitan dengan diri dan keadaan semasa saya. Okeylah, saya tak mahu ulas panjang, saya ingin berhenti di sini dulu; kalau ada kesilapan semasa saya membuat catatan blog ni tahun lepas, haraplah dimaafkan kerana kita kan manusia, sering membuat kesilapan; namun saya harap pada tahun ni, kita semua akan melakukan yang terbaik. Dan semestinya, blog saya berwajah baru pada tahun ni. Lihatlah sekitar blog saya sekarang. Jadi sekian saja dari saya; harap jumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...