Khamis, Oktober 08, 2009

Raya tak habis lagi... .

Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam blog saya. Sebelum terlewat, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua pembaca blog saya. Sebenarnya raya belum habis lagi. Ingat raya ni lepas hari raya kelapan dah jadi suam-suam kuku ke? Atau "Semangat Raya" kita hilang macam tu saja? Anda salah. Sebenarnya raya masih ada lagi sampai habis bulan Syawal (atau katakan ni bulan Rayalah). Jadi, kalau ada masa lagi pergilah kunjungi rumah saudara-mara anda. Selain dapat makan hidangan dari tukang masak tuan rumah dan boleh dapat duit raya (tu pun kalau diizinkan lagi) kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara Islam, tak kira musuh atau kawan. Sekali lagi, pergilah ke rumah saudara-mara anda sebelum raya habis. Dah takde lagi dah nak tulis; akhir kata saya mewakili adik-beradik saya dan seluruh keluarga saya mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua umat Islam terutamanya yang sedang membaca blog saya ini. Maaf Zahir Batin kalau ada banyak buat salah dan ingatilah orang yang tersayang. Jumpa lagi dalam tulisan blog akan datang. Assalamualaikum kepada semua... .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...