Sabtu, Mac 13, 2010

Sambung lagi catatan saya... .

Bertemu lagi dalam blog saya, sekarang saya nak ceritakan apa yang saya akan dan sedang buat semasa cuti ni. Pada awal cuti, saya mulakan dengan kerja cuti yang diberikan. Ternyata banyak kerja sekolah yang cikgu beri. Tu belum masuk lagi nota-nota yang tak lengkap dan kerja PEKA yang belum siap. Sambil-sambil saya buat kerja cuti, saya juga sedang melayari internet, pergi ke laman sosial seperti Facebook dan membuat catatan blog seperti yang anda sedang baca sekarang; selain melawati laman-laman web biasa. Cuti ni juga tak terlepas daripada cabaran-cabaran saya sebagai seorang remaja.
Cuti ni juga banyak perkara dilakukan di rumah, jarang pergi keluar mana-mana; kecualilah untuk balik kampung. Tapi kalau sempat sebelum buka sekolah, bolehlah pergi bercuti, melawat tempat-tempat yang menarik. Kata orang, Cuti-cuti Malaysiakan.
Dengan bertambahnya seorang adik yang diberi nama Haris Salahudin (kalau tak silap), kini suasana di rumah bertambah riuh. Kali ni tiada kelas tambahan untuk saya tapi adik saya sekarang sedang sibuk dengan kelas tambahan; maklumlah bukan saya seorang saja nak periksa, tapi adik saya (seorang saja) tu pun kena periksa. Tapi ada masa jugak nak ulangkaji; takkanlah nak berhadapan dengan Internet sepanjang hari.

Saya rasa sampai setakat ni dulu untuk catatan saya pada hari ni. Dan, kalau anda nak lihat gambar-gambar yang saya telah sebut pada catatan yang lepas, di sini saya tampilkan beberapa daripadanya termasuklah (tambahan!) gambar sambutan Maulidur Rasul baru-baru ni. Ayuh kita tengok.

(Saya dah lakukan perubahan pada catatan ni supaya menjadikan ia lebih menarik.)


Gambar semasa Jamuan Akhir Tahun 4B 2009 (kini diubahsuai):



(Tambahan!) Gambar semasa Maulidur Rasul 1431H peringkat sekolah (kini diubahsuai):

(Terima kasih kepada Slide kerana dapat mempersembahkan persembahan gambar saya menjadi lebih menarik.)

Setakat tu je gambar yang saya muatnaikkan ke blog saya pada hari ni; kalau nak lagi, sila tengoklah dekat Facebook saya, banyak lagi gambar dekat profil saya. Oklah tu, banyak dah saya kongsi, kita jumpa lagi dalam blog akan datang!

Jumaat, Mac 12, 2010

Masa untuk berucap panjang... .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog saya. Lama betul tak berjumpa lepas blog terakhir diterbitkan pada Januari lepas. Kini saya kembali dan akan bercerita panjang, yalah lama tak berjumpa kan, dan saya terlupa sekarang dah masuk cuti pertengahan penggal pertama dari 12-20 Mac. Saya ucapkan selamat bercuti kepada semua. Jadi, sebagai permulaan saya akan bercerita tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar sekolah saya belajar sebelum cuti.
Peristiwa pertama ialah Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Hajat tak kesampaian, nak dapat senarai 20 teratas tapi jauh dari sasaran; sambil tu rumah Hijau (rumah yang saya wakili) dapat tempat kedua keseluruhan dan rumah Merah (kalau tak silap saya) dapat tempat pertama. Macam tu jugak dengan Sambutan Maulidur Rasul, Hijau tempat kedua tapi Kuning tempat pertama. Tapi persamaannya, kedua-dua sambutan ni agak meriah. Umumnya, Merentas Desa tu pertandingan larian manakala Maulidur Rasul lebih kepada perarakan. Kemudian, peperiksaan TOV SPM 2010 diadakan dan hasilnya sangat mengejutkan saya, saya berada pada kedudukan tercorot kerana markah rendah tapi markah Matematik saya membuatkan semua lelaki kelas saya akur dengan kehandalan saya (bukan untuk menunjuk-nunjuk...). Markah orang lain, pergilah semak dekat senarai markah tu.
Kehidupan saya sejak kebelakangan ni semakin membosankan kerana selalu duduk di rumah, tapi, pada 4 Februari yang lepas mak saya telah melahirkan putera kelima di Hospital Pakar Kuala Terengganu (hospital swasta). Tahniah diucapkan.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya nak kongsikan, tapi masa semakin suntuk dan ruang pun tak banyak. Lupa nak beritahu, gambar dekat profil saya tu adalah gambar kenangan yang saya rakamkan pada Jamuan Akhir Tahun kelas 4Bestari dulu. Kalau nak lagi gambar dari saya, tunggulah catatan yang akan datang. Tapi saya akan tulis lagi catatan dalam masa terdekat, cuti ni. Jadi, sama-samalah tunggu catatan saya dalam masa dua, tiga hari ni. Luangkanlah cuti kita dengan perkara yang bermanfaat, janganlah bahayakan diri dan janganlah sampai tak datang bila buka sekolah nanti. Harap jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...