Jumaat, Mac 12, 2010

Masa untuk berucap panjang... .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog saya. Lama betul tak berjumpa lepas blog terakhir diterbitkan pada Januari lepas. Kini saya kembali dan akan bercerita panjang, yalah lama tak berjumpa kan, dan saya terlupa sekarang dah masuk cuti pertengahan penggal pertama dari 12-20 Mac. Saya ucapkan selamat bercuti kepada semua. Jadi, sebagai permulaan saya akan bercerita tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar sekolah saya belajar sebelum cuti.
Peristiwa pertama ialah Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Hajat tak kesampaian, nak dapat senarai 20 teratas tapi jauh dari sasaran; sambil tu rumah Hijau (rumah yang saya wakili) dapat tempat kedua keseluruhan dan rumah Merah (kalau tak silap saya) dapat tempat pertama. Macam tu jugak dengan Sambutan Maulidur Rasul, Hijau tempat kedua tapi Kuning tempat pertama. Tapi persamaannya, kedua-dua sambutan ni agak meriah. Umumnya, Merentas Desa tu pertandingan larian manakala Maulidur Rasul lebih kepada perarakan. Kemudian, peperiksaan TOV SPM 2010 diadakan dan hasilnya sangat mengejutkan saya, saya berada pada kedudukan tercorot kerana markah rendah tapi markah Matematik saya membuatkan semua lelaki kelas saya akur dengan kehandalan saya (bukan untuk menunjuk-nunjuk...). Markah orang lain, pergilah semak dekat senarai markah tu.
Kehidupan saya sejak kebelakangan ni semakin membosankan kerana selalu duduk di rumah, tapi, pada 4 Februari yang lepas mak saya telah melahirkan putera kelima di Hospital Pakar Kuala Terengganu (hospital swasta). Tahniah diucapkan.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya nak kongsikan, tapi masa semakin suntuk dan ruang pun tak banyak. Lupa nak beritahu, gambar dekat profil saya tu adalah gambar kenangan yang saya rakamkan pada Jamuan Akhir Tahun kelas 4Bestari dulu. Kalau nak lagi gambar dari saya, tunggulah catatan yang akan datang. Tapi saya akan tulis lagi catatan dalam masa terdekat, cuti ni. Jadi, sama-samalah tunggu catatan saya dalam masa dua, tiga hari ni. Luangkanlah cuti kita dengan perkara yang bermanfaat, janganlah bahayakan diri dan janganlah sampai tak datang bila buka sekolah nanti. Harap jumpa lagi!

0 komen diterima.:

Catat Ulasan

Hanya yang berdaftar saja boleh komen di sini. Jangan komen sesuatu yang boleh menimbulkan implikasi kepada sesiapa. Komen yang memang tak masuk akal akan dibuang. Sekian, harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...