Isnin, November 30, 2009

Makna di sebalik raya korban.

Assalamualaikum dan bertemu lagi dalam blog saya. Kali ni saya nak bercakap pasal korban, maksud saya Hari Raya Korban yang disambut setiap 10 Zulhijjah setiap tahun. Sebelum saya sambung, maaf sebab lewat sikit tulis pasal korban tapi masih sempat mengucapkan selamat Hari Raya Korban kepada semua. Okey, peristiwa ni dilakukan supaya kita sentiasa berkorban dengan apa jua cara. Contoh yang paling dekat ialah pada hari ni, beberapa ekor lembu disembelih sebagai simbolik perayaan ni. Kalau sesiapa tak buat tu maka tak ada maknalah hari raya korban tersebut bagi dia. Selain daripada tu, banyak lagi pengorbanan perlu kita lakukan, antaranya pengorbanan masa, tenaga, harta dan lain-lain yang berkaitan. Pendek kata, berkorbanlah apa saja kepada orang yang memerlukan. Akhir sekali, saya harap hari raya korban kali ni bermakna bagi semua. Jadi, sekian saja catatan saya buat kali ni. Harap bertemu lagi pada masa akan datang!

Khamis, November 12, 2009

Saya kembali... .

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama jugak saya tak tulis blog ni, dari awal bulan 10 sampai hari ni. Maklumlah, saya ni kan dalam musim periksa. Kalau tak, lama saya tulis dah blog ni. Okeylah, cakap pasal periksa, syukur dah lepas periksa akhir tahun. Bulan ni juga menjanjikan sesuatu yang hebat, iaitu peperiksaan SPM dan STPM. Kepada semua calon SPM dan STPM tahun ni, selamat berjayad dan jawab molek-molek. Kejayaaan pasti menunggu anda jika anda tekun berusaha. Tapi malangnya, peperiksaan-peperiksaan ni diadakan pada cuti hujung tahun. Nasihat saya, korbankan cuti anda untuk periksa ni supaya tidak ketinggalan. Cakap pasal cuti pulak, selamat bercuti kepada semua. Harap isilah cuti ni dengan perkara yang berfaedah; janganlah pulak sampai main rempit, tak elok tu! Jadilah seorang remaja yang berguna kepada masyarakat. Cuti ni, saya tak tahulah nak pergi bercuti di mana, tunggulah blog saya yang akan datang. Saya mungkin tulis blog minggu depan atau masa saya cuti nanti, jadi, harap bersabarlah semua! Sampai dekat sini je blog saya pada hari ni. Moga jumpa lagi bila ada masa lebih. Salam buat semua dan terima kasih.

Khamis, Oktober 08, 2009

Raya tak habis lagi... .

Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam blog saya. Sebelum terlewat, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua pembaca blog saya. Sebenarnya raya belum habis lagi. Ingat raya ni lepas hari raya kelapan dah jadi suam-suam kuku ke? Atau "Semangat Raya" kita hilang macam tu saja? Anda salah. Sebenarnya raya masih ada lagi sampai habis bulan Syawal (atau katakan ni bulan Rayalah). Jadi, kalau ada masa lagi pergilah kunjungi rumah saudara-mara anda. Selain dapat makan hidangan dari tukang masak tuan rumah dan boleh dapat duit raya (tu pun kalau diizinkan lagi) kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara Islam, tak kira musuh atau kawan. Sekali lagi, pergilah ke rumah saudara-mara anda sebelum raya habis. Dah takde lagi dah nak tulis; akhir kata saya mewakili adik-beradik saya dan seluruh keluarga saya mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua umat Islam terutamanya yang sedang membaca blog saya ini. Maaf Zahir Batin kalau ada banyak buat salah dan ingatilah orang yang tersayang. Jumpa lagi dalam tulisan blog akan datang. Assalamualaikum kepada semua... .

Khamis, September 17, 2009

Merdeka sambil puasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni saya nak tulis blog pasal Hari Merdeka, tapi terlewat sedikit. Jadi, kalau sempat lagi saya ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca dan jadilah manusia yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Satu lagi hal, saya nampak Hari Merdeka tahun ni berada dalam bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Jadi, sambutan tahun ni agak hambar sedikit, maklumlah orang tengah puasa, nak sambut Merdeka macam mana? Saya ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam di negara ini. Banyakkanlah buat ibadah fizikal dan rohani nescaya ibadah puasa kita akan diberkati. Jadi sampai situlah catatan saya untuk kali ni. Saya akan buat catatan saya yang lain pula pada masa akan datang. Diharap bertemu lagi; Assalamualaikum.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Maaf menunggu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat membaca blog saya, MyHSBHBlog. Minta maaf, sebenarnya, saya dah daftar dekat Blogger ni dah lebih sebulan dah tapi tak tulis satu pun lagi. Hari ni, saya dah mula tulis catatan dalam blog ni. Sedang anda membaca, jenguk-jenguklah di sekeliling halaman ni. Saya dah buat macam-macam hanya untuk menyerikan halaman blog saya ni.
Untuk pengetahuan anda, tulisan dalam blog saya ni bebas daripada sebarang fitnah dan caci-mencaci. Oleh kerana ada segelintir blog yang memfitnah orang lain, saya mengambil langkah berhati-hati supaya TIDAK menulis kata-kata yang bersifat hasutan atau fitnah. Jadi, penulis blog yang lain yang sedang membaca tulisan saya ni berhati-hatilah ketika menulis.
Okeylah, saya TAK mahu ulas panjang, nanti anda baca pula tulisan saya yang akan datang. Semoga bertemu lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...