Isnin, November 30, 2009

Makna di sebalik raya korban.

Assalamualaikum dan bertemu lagi dalam blog saya. Kali ni saya nak bercakap pasal korban, maksud saya Hari Raya Korban yang disambut setiap 10 Zulhijjah setiap tahun. Sebelum saya sambung, maaf sebab lewat sikit tulis pasal korban tapi masih sempat mengucapkan selamat Hari Raya Korban kepada semua. Okey, peristiwa ni dilakukan supaya kita sentiasa berkorban dengan apa jua cara. Contoh yang paling dekat ialah pada hari ni, beberapa ekor lembu disembelih sebagai simbolik perayaan ni. Kalau sesiapa tak buat tu maka tak ada maknalah hari raya korban tersebut bagi dia. Selain daripada tu, banyak lagi pengorbanan perlu kita lakukan, antaranya pengorbanan masa, tenaga, harta dan lain-lain yang berkaitan. Pendek kata, berkorbanlah apa saja kepada orang yang memerlukan. Akhir sekali, saya harap hari raya korban kali ni bermakna bagi semua. Jadi, sekian saja catatan saya buat kali ni. Harap bertemu lagi pada masa akan datang!

0 komen diterima.:

Catat Ulasan

Hanya yang berdaftar saja boleh komen di sini. Jangan komen sesuatu yang boleh menimbulkan implikasi kepada sesiapa. Komen yang memang tak masuk akal akan dibuang. Sekian, harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...