Sabtu, Disember 11, 2010

Inilah masanya untuk merdeka!

Salam sejahtera dan assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya. Tahukah pembaca, saya sudahpun mendapat 'kemerdekaan' selepas peperiksaan SPM yang begitu mencabar. Saya dan beberapa calon SPM yang terlibat dengan kertas ini menghabiskan kertas yang terakhir, iaitu kertas 3, Biologi pada 8 Disember yang lalu, jam 3.30 petang. (Kepada calon SPM lain yang belum habiskan kertas yang diambil, jangan cemburu ya!) Sebelum periksa, saya dah banyak habiskan masa dengan ulangkaji, tapi lepas periksa dah jadi banyak masa terluang. Apapun, manfaatkan musim cuti dan musim merdeka ini dengan perkara yang bermanfaat. Jangan sesekali terlibat dengan perkara yang boleh membahayakan diri dan orang lain.
Tak apalah, kepada pengunjung yang ingin menambah saya sebagai rakan sosial seperti facebook, friendster dan myspace, (tapi dalam twitter saya belum ada akaun lagi) anda boleh lihat pautan ketiga-tiga laman sosial pilihan di sisi kanan blog. Akan datang, saya akan menambah gambar-gambar dan video-video pilihan serta saya akan membuat imbasan sepanjang tahun dalam blog ini. Apapun, terus setia menunggu sebab banyak lagi yang saya akan bawakan pada catatan akan datang. Sementara tu, bacalah catatan-catatan lama saya dan jenguk-jenguklah sekitar blog ni. Jumpa lagi!

Rabu, September 08, 2010

Harap semuanya selamat.

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Untuk pengetahuan semua, blog saya akan mengalami pengubahsuaian pada bila-bila masa, jadi teruskan membaca dalam blog ni. Tak lama lagi, saya akan menambahkan catatan-catatan yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku sebelum ni. Jadi, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53, bulan Ramadhan dan Hari Raya. Nantikan catatan saya pada masa akan datang!

Isnin, Julai 19, 2010

Maaf lambat!

Bertemu lagi dalam blog saya. Kali ni blog saya tak dikemaskini sebab saya kurang menumpukan perhatian kepada blog. Sebabnya; sebab saya sedang sibuk dengan urusan lain dan nanti catatan saya pada akan datang akan menjelaskan beberapa aktiviti dan peristiwa yang berlaku sepanjang April hingga Julai. Jadi teuskan membaca di MyHSBHBlog!
Sebelum tu, lihat beberapa perubahan yang terdapat dalam blog saya pada kali terakhir saya mengemaskinikannya pada awal Julai. Selamat membaca!

Sabtu, Mac 13, 2010

Sambung lagi catatan saya... .

Bertemu lagi dalam blog saya, sekarang saya nak ceritakan apa yang saya akan dan sedang buat semasa cuti ni. Pada awal cuti, saya mulakan dengan kerja cuti yang diberikan. Ternyata banyak kerja sekolah yang cikgu beri. Tu belum masuk lagi nota-nota yang tak lengkap dan kerja PEKA yang belum siap. Sambil-sambil saya buat kerja cuti, saya juga sedang melayari internet, pergi ke laman sosial seperti Facebook dan membuat catatan blog seperti yang anda sedang baca sekarang; selain melawati laman-laman web biasa. Cuti ni juga tak terlepas daripada cabaran-cabaran saya sebagai seorang remaja.
Cuti ni juga banyak perkara dilakukan di rumah, jarang pergi keluar mana-mana; kecualilah untuk balik kampung. Tapi kalau sempat sebelum buka sekolah, bolehlah pergi bercuti, melawat tempat-tempat yang menarik. Kata orang, Cuti-cuti Malaysiakan.
Dengan bertambahnya seorang adik yang diberi nama Haris Salahudin (kalau tak silap), kini suasana di rumah bertambah riuh. Kali ni tiada kelas tambahan untuk saya tapi adik saya sekarang sedang sibuk dengan kelas tambahan; maklumlah bukan saya seorang saja nak periksa, tapi adik saya (seorang saja) tu pun kena periksa. Tapi ada masa jugak nak ulangkaji; takkanlah nak berhadapan dengan Internet sepanjang hari.

Saya rasa sampai setakat ni dulu untuk catatan saya pada hari ni. Dan, kalau anda nak lihat gambar-gambar yang saya telah sebut pada catatan yang lepas, di sini saya tampilkan beberapa daripadanya termasuklah (tambahan!) gambar sambutan Maulidur Rasul baru-baru ni. Ayuh kita tengok.

(Saya dah lakukan perubahan pada catatan ni supaya menjadikan ia lebih menarik.)


Gambar semasa Jamuan Akhir Tahun 4B 2009 (kini diubahsuai):



(Tambahan!) Gambar semasa Maulidur Rasul 1431H peringkat sekolah (kini diubahsuai):

(Terima kasih kepada Slide kerana dapat mempersembahkan persembahan gambar saya menjadi lebih menarik.)

Setakat tu je gambar yang saya muatnaikkan ke blog saya pada hari ni; kalau nak lagi, sila tengoklah dekat Facebook saya, banyak lagi gambar dekat profil saya. Oklah tu, banyak dah saya kongsi, kita jumpa lagi dalam blog akan datang!

Jumaat, Mac 12, 2010

Masa untuk berucap panjang... .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog saya. Lama betul tak berjumpa lepas blog terakhir diterbitkan pada Januari lepas. Kini saya kembali dan akan bercerita panjang, yalah lama tak berjumpa kan, dan saya terlupa sekarang dah masuk cuti pertengahan penggal pertama dari 12-20 Mac. Saya ucapkan selamat bercuti kepada semua. Jadi, sebagai permulaan saya akan bercerita tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar sekolah saya belajar sebelum cuti.
Peristiwa pertama ialah Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Hajat tak kesampaian, nak dapat senarai 20 teratas tapi jauh dari sasaran; sambil tu rumah Hijau (rumah yang saya wakili) dapat tempat kedua keseluruhan dan rumah Merah (kalau tak silap saya) dapat tempat pertama. Macam tu jugak dengan Sambutan Maulidur Rasul, Hijau tempat kedua tapi Kuning tempat pertama. Tapi persamaannya, kedua-dua sambutan ni agak meriah. Umumnya, Merentas Desa tu pertandingan larian manakala Maulidur Rasul lebih kepada perarakan. Kemudian, peperiksaan TOV SPM 2010 diadakan dan hasilnya sangat mengejutkan saya, saya berada pada kedudukan tercorot kerana markah rendah tapi markah Matematik saya membuatkan semua lelaki kelas saya akur dengan kehandalan saya (bukan untuk menunjuk-nunjuk...). Markah orang lain, pergilah semak dekat senarai markah tu.
Kehidupan saya sejak kebelakangan ni semakin membosankan kerana selalu duduk di rumah, tapi, pada 4 Februari yang lepas mak saya telah melahirkan putera kelima di Hospital Pakar Kuala Terengganu (hospital swasta). Tahniah diucapkan.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya nak kongsikan, tapi masa semakin suntuk dan ruang pun tak banyak. Lupa nak beritahu, gambar dekat profil saya tu adalah gambar kenangan yang saya rakamkan pada Jamuan Akhir Tahun kelas 4Bestari dulu. Kalau nak lagi gambar dari saya, tunggulah catatan yang akan datang. Tapi saya akan tulis lagi catatan dalam masa terdekat, cuti ni. Jadi, sama-samalah tunggu catatan saya dalam masa dua, tiga hari ni. Luangkanlah cuti kita dengan perkara yang bermanfaat, janganlah bahayakan diri dan janganlah sampai tak datang bila buka sekolah nanti. Harap jumpa lagi!

Sabtu, Januari 02, 2010

Kembali ke sekolah... .

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Catatan saya dalam blog ni adalah tentang musim persekolahan yang akan tiba 3 Januari ni di Terengganu, Kelantan dan Kedah manakala di negeri-negeri lain adalah pada 4 Januari. Dalam hati saya berasa rindu untuk bercuti semula; tapi apa nak buat, kan saya ni masih belajar di sekolah menengah; jadi saya akan kembali ke sekolah sebagai Tingkatan 5 dan akan menghadapi SPM pada tahun ni. Jadi harap-haraplah cabaran yang diberi tu taklah membebankan sangat, asalkan dapat meneruskan tugas saya sebagai pelajar. Justeru, boleh dikatakan tahun 2010 adalah tahun cabaran, jadi saya mesti berusaha untuk menangani semua cabaran yang ada. Oleh tu, saya berharap anda semua terus memberikan sokongan kepada saya dan mendoakan saya berjaya dalam SPM 2010. Sesungguhnya sokongan anda diperlukan untuk mencapai matlamat tahun baru 2010 saya pada tahun ni, iaitu berjaya dalam SPM 2010. Berbalik kepada musim cuti, saya rasa anda semua jangan bimbang kerana kita akan bercuti lagi iaitu cuti pertengahan penggal pertama pada Jumaat, 14 Mac ni, tu pun di Terengganu, Kelantan dan Kedah saja! Negeri lain lewat sehari. Okeylah, saya tak mahu ulas lebih panjang lagi; diharapkan kita akan kembali ke sekolah dalam suasana yang ceria dan tenang. Agaknya mungkin corak pembelajaran pada tahun ni akan berubah... . Jadi saya harapkan anda semua ceria baik di mana dan apa jua yang kita lakukan. Saya akhiri catatan saya dengan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat Kembali ke Sekolah. Semoga kita berjumpa lagi dalam catatan yang akan datang!

Datang dan pergi... .

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni kita bertemu lagi dalam satu tahun di mana tahun ni adalah tahun 2010! Sedar atau tidak, kita dah masuk tahun 2010 dan meninggalkan tahun 2009. Banyak kenangan manis dan pahit tercatat di situ dan sudah pastinya masih lagi diingati sampai sekarang. Sebagai seorang pelajar, saya tahu tahun 2009 adalah tahun yang mencabar sedikit bagi saya sebab saya ni pra-SPM. Tahun ni lagilah mencabar, ada peperiksaan awam iaitu SPM 2010, peperiksaan yang menentukan masa depan saya. Tapi saya akan cuba untuk mengatasi cabaran ni dan dapat berusaha sekuat yang boleh untuk mencapai kejayaan dalam SPM nanti. Tentunya nilah azam saya pada tahun ni. Walaupun saya adalah seorang pelajar tapi saya masih boleh membuat catatan blog untuk anda membacanya. Ia berkaitan dengan diri dan keadaan semasa saya. Okeylah, saya tak mahu ulas panjang, saya ingin berhenti di sini dulu; kalau ada kesilapan semasa saya membuat catatan blog ni tahun lepas, haraplah dimaafkan kerana kita kan manusia, sering membuat kesilapan; namun saya harap pada tahun ni, kita semua akan melakukan yang terbaik. Dan semestinya, blog saya berwajah baru pada tahun ni. Lihatlah sekitar blog saya sekarang. Jadi sekian saja dari saya; harap jumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...