Khamis, November 12, 2009

Saya kembali... .

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama jugak saya tak tulis blog ni, dari awal bulan 10 sampai hari ni. Maklumlah, saya ni kan dalam musim periksa. Kalau tak, lama saya tulis dah blog ni. Okeylah, cakap pasal periksa, syukur dah lepas periksa akhir tahun. Bulan ni juga menjanjikan sesuatu yang hebat, iaitu peperiksaan SPM dan STPM. Kepada semua calon SPM dan STPM tahun ni, selamat berjayad dan jawab molek-molek. Kejayaaan pasti menunggu anda jika anda tekun berusaha. Tapi malangnya, peperiksaan-peperiksaan ni diadakan pada cuti hujung tahun. Nasihat saya, korbankan cuti anda untuk periksa ni supaya tidak ketinggalan. Cakap pasal cuti pulak, selamat bercuti kepada semua. Harap isilah cuti ni dengan perkara yang berfaedah; janganlah pulak sampai main rempit, tak elok tu! Jadilah seorang remaja yang berguna kepada masyarakat. Cuti ni, saya tak tahulah nak pergi bercuti di mana, tunggulah blog saya yang akan datang. Saya mungkin tulis blog minggu depan atau masa saya cuti nanti, jadi, harap bersabarlah semua! Sampai dekat sini je blog saya pada hari ni. Moga jumpa lagi bila ada masa lebih. Salam buat semua dan terima kasih.

0 komen diterima.:

Catat Ulasan

Hanya yang berdaftar saja boleh komen di sini. Jangan komen sesuatu yang boleh menimbulkan implikasi kepada sesiapa. Komen yang memang tak masuk akal akan dibuang. Sekian, harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...