Rabu, Februari 29, 2012

Bayangkan bila tiada lagi perkongsian fail di Internet.

Laman Web perkongsian fail popular, Megaupload sebelum ia ditutup, Januari lalu. 

Laman Web Megaupload kemudian ditutup oleh Amerika Syarikat atas dakwaan jenayah ke atas hakcipta.
Sumber: carian gambar melalui Google.


Assalamualaikum.
Sejak akhir-akhir ni saya dapat rasakan saya dan anda semua semakin sukar memuatturun (download) fail dari mana-mana laman perkongsian fail. Tengok sajalah salah sebuah laman perkongsian fail tersohor, Megaupload yang telah ditutup atas dakwaan jenayah ke atas hakcipta. Apabila Amerika Syarikat mengesyaki ramai pemuatnaik (uploader) memuatnaik (upload) bahan-bahan@data yang disifatkan melanggar hakcipta, maka pihak Amerika tidak akan teragak-agak untuk mendakwa hos perkongsian fail, iaitu Megaupload seterusnya menutup laman Web tersebut dan kemudian pengasasnya dibicarakan di mahkamah. Semua itu berlaku pada penghujung Januari lalu.


Sebenarnya, taklah dihairankan sangat kalau uploader memuat naik fail untuk dijadikan simpanan atau memudahkan perkongsian kepada pengguna Internet, tetapi apa yang dilakukan oleh Amerika menunjukkan pihak tersebut hanya mengutamakan pihak yang selalu untung, iaitu syarikat dan bukannya pengguna. hasilnya, pengguna rugi kerana sesebuah fail yang diidamkan pengguna, yang disimpan ataupun yang dicari dalam laman perkongsian fail tersebut akan hilang dan terpadam. Malah, pada masa yang sama juga akaun-akaun yang didaftarkan boleh terpadam serta-merta dan menyebabkan kerugian kepada akaun-akaun laan Web tersebut.
Kini, semakin banyak laman perkongsian fail 'tumbang' dan akur kepada akta anti hakcipta. Ia juga menyebabkan pengguna tidak dapat mendownload fail yang dicari atas alasan fail dipadam, akaun terbatal ataupun laman perkongsian tersebut yang disekat atau ditutup.
Kesimpulannya, kalaulah nak sangat kongsi fail, buat sementara ni lupakanlah dulu hajat tu kerana pihak Amerika sedang memantau laman-laman perkongsian fail ni. Kalau boleh siap je fail tu diuploadkan, maka tolong jadikan ia sebagai 'private' untuk membuktikan fail tersebut tidak dikongsikan, seterusnya bagi mengelak dakwaan fail tersebut mempunyai hakcipta daripada pemilik asal dan mesti ditarik.
Kita hanya mengharapkan sekarang musim penutupan laman perkongsian fail akan berlalu begitu saja, sambil memberi peluang kepada pengguna agar menyimpan fail@data di tempat yang sepatutnya.
Harapan saya supaya laman-laman perkongsian fail tidak ditutup hanya kerana berkongsi fail yang mempunyai hakcipta saja. Malah, biarlah ia terus wujud untuk kemudahan pengguna. Itu saja. Jumpa lagi!

0 komen diterima.:

Catat Ulasan

Hanya yang berdaftar saja boleh komen di sini. Jangan komen sesuatu yang boleh menimbulkan implikasi kepada sesiapa. Komen yang memang tak masuk akal akan dibuang. Sekian, harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...