Rabu, Februari 29, 2012

Kebanjiran blog-blog berunsur politik.

Assalamualaikum.
Dalam saya asyik melayari Internet, saya juga membaca beberapa blog berunsurkan politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Kemeriahan tersebut memang menjanjikan banyak pendapat serta komen-komen yang agak bernas daripada kedua-dua pihak. Jadi, apa kata jika ada masa terluang pergilah ke salah sebuah alamat web ini:
http://tersenarai.blogspot.com/
Terdapat banyak lagi blog-blog lain boleh ditemui di dalam blog tersebut. Dengan syarat, hanya orang yang mengikuti perkembangan politik semasa saja boleh masuk ke dalam blog tersebut.
Kadang-kadang bila dinilai antara blog prokerajaan dengan blog pro pembangkang, blog prokerajaanlah yang bagus dibaca berbanding blog propembangkang. Tapi ni hanyalah pendapat peribadi. Kalau nak tahu kenapa pergilah melihat dan membaca blog-blog yang ditulis. Satu klik pada pautan di atas akan memberi kita seribu pilihan pembacaan kita. Tepuk dada, tanya selera. Jumpa lagi!

0 komen diterima.:

Catat Ulasan

Hanya yang berdaftar saja boleh komen di sini. Jangan komen sesuatu yang boleh menimbulkan implikasi kepada sesiapa. Komen yang memang tak masuk akal akan dibuang. Sekian, harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...