Ahad, April 29, 2012

Penjenamaan yang tersusun.

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Hari ini blog MYHSBHBLOG kini mengalami perubahan pada penjenamaan melalui nama blog kepada blog HSBHPeribadi. Tujuan saya menukarkan nama blog ini adalah untuk memastikan blog-blog yang dimiliki oleh HSBH disusun dengan teratur dan menepati pemilik blog tersebut. Selain itu, blog ini menggunakan nama HSBH di depan kerana saya sendiri inginkan kekemasan walaupun dari segi nama, sekaligus menjadikan perubahan yang sama pada sebuah lagi blog, iaitu blog HSBHBuletin. Alamat Web juga diselaraskan supaya orang ramai mudah mengakses blog-blog kami. Alamat lama myhsbhblog.blogspot.com dipindah ke hsbhperibadi.blogspot.com manakala bloghsbhbul.blogspot.com pula dipindah ke hsbhbuletin.blogspot.com.
Oleh itu, cuba untuk kunjungi selalu kedua-dua blog ini kerana banyak lagi perubahan akan menyusul. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami dan sudi mambaca.

Isnin, April 23, 2012

Makluman penting.

Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Saya di sini ingin mengumumkan sesuatu yang penting berkaitan dengan blog yang dimiki oleh saya, HSBH (Hafzan Shafiq bin Hamdan). Bermula pada 29hb April ini, kedua-dua blog ini akan melalui penjenamaan semula supaya kedua-dua blog ini akan terus dekat dengan pembaca dan juga supaya kedua-dua blog ini akan mempunyai keserasian masing-masing, untuk diselaraskan dengan nama HSBH. Bermula pada hari tersebut, MYHSBHBLOG akan dikenali sebagai HSBHPeribadi dan Blog HSBHBuletin akan dikenali sebagai HSBHBuletin. Alamat Web juga akan ditukar mulai hari tersebut; iaitu http://myhsbhblog.blogspot.com/ akan berubah kepada http://hsbhperibadi.blogspot.com/ manakala http://bloghsbhbul.blogspot.com/ akan berubah kepada http://hsbhbuletin.blogspot.com/. Bagaimanapun, peranan kedua-dua blog ini masih sama dan tiada perubahan isi yang dilakukan, kecuali diberitahu. Perubahan ini akan menjadikan blog-blog ini sebagai blog yang tersusun dan mesra pengguna. Jika ada kemusykilan, sila hantarkan komen di bawah catatan ini atau hantarkannya ke e-mel: hafzanshafiqhamdan@yahoo.com.my. Sekian, harap maklum.
Perhatian: alamat Web HSBHPeribadi tidak wujud sebelum penjenamaan bermula pada 29hb April. Justeru, pautan pada alamat Web HSBHPeribadi adalah pautan mati (dead link) dan ia akan berfungsi selepas penjenamaan selesai. Bagaimanapun, alamat Web MYHSBHBLOG tidak akan berfungsi selepas penjenamaan tersebut pada 29hb April kerana kandungan blog telah berpindah ke alamat Web baru. Sila ambil perhatian kerana ia membabitkan pertukaran alamat Web tersebut. Harap maklum.

Jumaat, April 20, 2012

Hampir setahun di TATIUC.


Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Sejak tarikh artikel ni ditulis saya rasakan tempoh saya berada di universiti ni mencapai hampir setahun pengajian di Kolej Universiti TATI. Satu tahun pengajian ada dua semester, ini bermakna selama dua semester saya berada di sini. Pelbagai cerita suka dan duka telahpun ditempuhi selama saya berada di sini. Apapun, sekarang ini adalah musim peperiksaan dan sekarang para penuntut sedang berusaha mengulangkaji pelajaran untuk mencapai gred terbaik dalam peperiksaan.

Rabu, Februari 29, 2012

Bayangkan bila tiada lagi perkongsian fail di Internet.

Laman Web perkongsian fail popular, Megaupload sebelum ia ditutup, Januari lalu. 

Laman Web Megaupload kemudian ditutup oleh Amerika Syarikat atas dakwaan jenayah ke atas hakcipta.
Sumber: carian gambar melalui Google.


Assalamualaikum.
Sejak akhir-akhir ni saya dapat rasakan saya dan anda semua semakin sukar memuatturun (download) fail dari mana-mana laman perkongsian fail. Tengok sajalah salah sebuah laman perkongsian fail tersohor, Megaupload yang telah ditutup atas dakwaan jenayah ke atas hakcipta. Apabila Amerika Syarikat mengesyaki ramai pemuatnaik (uploader) memuatnaik (upload) bahan-bahan@data yang disifatkan melanggar hakcipta, maka pihak Amerika tidak akan teragak-agak untuk mendakwa hos perkongsian fail, iaitu Megaupload seterusnya menutup laman Web tersebut dan kemudian pengasasnya dibicarakan di mahkamah. Semua itu berlaku pada penghujung Januari lalu.

Kebanjiran blog-blog berunsur politik.

Assalamualaikum.
Dalam saya asyik melayari Internet, saya juga membaca beberapa blog berunsurkan politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Kemeriahan tersebut memang menjanjikan banyak pendapat serta komen-komen yang agak bernas daripada kedua-dua pihak. Jadi, apa kata jika ada masa terluang pergilah ke salah sebuah alamat web ini:
http://tersenarai.blogspot.com/
Terdapat banyak lagi blog-blog lain boleh ditemui di dalam blog tersebut. Dengan syarat, hanya orang yang mengikuti perkembangan politik semasa saja boleh masuk ke dalam blog tersebut.
Kadang-kadang bila dinilai antara blog prokerajaan dengan blog pro pembangkang, blog prokerajaanlah yang bagus dibaca berbanding blog propembangkang. Tapi ni hanyalah pendapat peribadi. Kalau nak tahu kenapa pergilah melihat dan membaca blog-blog yang ditulis. Satu klik pada pautan di atas akan memberi kita seribu pilihan pembacaan kita. Tepuk dada, tanya selera. Jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...